Perang Shiffin

Zulhijjah 36 Hijrah - Safar 37 Hijrah

Tertumpahnya darah Khalifah Uthman Affan ke bumi petanda bermulanya sengketa sesama umat Islam. Jika sebelumnya mereka bersatu menghadapi musuh sehingga berjaya menumbangkan Empayar Rom dan Parsi, kini mereka berbunuhan sesama sendiri.

kekuatan dan ilmu perperangan yang mereka miliki digunakan bagi menghancurkan saudara seagama. Ayah sanggup membunuh anak, adik sanggup membunuh abang dan saudara mara sanggup bermusuhan kerana berlainan fahaman politiknya.

Khalifah Ali bin Abi Talib memimpin tenteranya menuju ke Kufah. Jumlahnya semakin bertambah apabila ramai penduduk Basrah menyertai mereka. Semangat mereka begitu tinggi apabila berjaya dalam Perang Jamal.

Apabila sampai di pinggir kota Kufah, Khalifah Ali bin Abi Talib menghantar Ammar bin Yasir dan Muhammad bin Abu Bakar bagi memujuk Abu Musa al-Asyaari menyertai mereka. Abu Musa menjadi gabenor di Kufah sejak zaman pemerintahan Khalifah Uthman Affan. Kerana itu mereka turur bersimpati di atas pembunuhannya. Apabila berlaku perang Jamal mereka tidak menyebelahi mana - mana pihak kerana masih belum pasti siapa yang benar. Kini Khalifah Ali bin Abi Talib dan pasukan tenteranya sudah sampai ke Kufah.

"Penduduk Kufah hidup aman damai. Kami tidak mahu perperangan terjadi di tempat kami. Kami juga tidak mahu membantu kamu pergi berperang," kata Abu Musa al-Asyaari.

"Wahai Abu Musa, Allah tidak reda jika hambanya duduk berpangku tangan membiarkan saudaranya kaum Muslimin menumpahkan darah. Kerana itu keluarlah mendatangi orang yang sedang berbalah. Kemudian fikirkan pihak mana yang benar dan patut dibela. Jika mereka berdamai pulanglah ke rumah kerana sudah memenuhi tanggungjawab. Tetapi jika ada pihak yang berlaku zalim kepada pihak yang lain maka perangi pihak yang zalim itu sampai mereka patuh kembali kepada Allah," kata Ammar bin Yasir.

Pada mulanya Abu Musa al-Asyaari tetap menolak. Malah dia juga enggan mengaku taat setia kepada Khalifah Ali bin Abi Talib. Tetapi apabila dipujuk oleh Khalifah Ali barulah Abu Musa bersetuju mengajak penduduk Kufah supaya bergabung dengan tentera Ali.

Apabila Muawiyah mendapat tahu Khalifah Ali menang dalam Perang jamal dan dapat memujuk penduduk Kufah menyokongnya maka dia menghantar surat kepada Amru al-Ash supaya membantunya menentang Ali. Selepas membaca surat itu, Amru al-Ash berasa serba salah hendak emenerima atau menolak permintaan itu. Ali adalah sahabat baiknya ketika Rasulullah S.A.W. masih hidup. Muawiyah pula adalah keluarganya daripada Bani Umaiyah. Kerana itu dia berasa serba salah membuat pilihan hendak menyokong yang mana. Amru al-Ash berbincang dengan dua orang anaknya iaitu Abdullah dan Muhammad.

"Wahai ayah, Rasulullah wafat dalam keadaan reda terhadap ayah. Begitu juda dengan Abu Bakar dan Umar, kedua - duanya reda kepada ayah. Sekiranya ayah menyokong Muawiyah saya bimbang ayah masuk neraka bersama dia," kata Abdullah sambil mengingatkan ayahnya berkenaan kesilapa Muawiya yang memusuhi Khalifah Ali.

Tetapi Muhammad berbeza pendapat dengan abangnya. "Muawiyah mempelawa ayah bergabung denganna. Rebutlah peluang ini. Sebaiknya ayah jadilah kepala bukannya ekor," kata Muhammad.

Selepas memikirkan kata - kata dua anaknya itu maka Amru al-Ash menyuruh pembantunya, Wardan menyiapkan bekalan dan mengikatnya di belakang unta. Tetapi tidak lama kemudian Amru menyuruh diturunkan semula bekalan itu. Kemudian disuruh dinaikkan semula. Perkara itu berulang beberapa kali.

"Apa yang menyebabkan tuan berada dalam keadaan serba salah?" tanya Wardan.

"Saya sukar hendak membuat keputusan sama ada menyokong Muawiyah ataupun Ali," jawab Amru al-Ash.

"Boleh saya memberi pendapat?" tanya Wardan.

"Silakan," jawab Amru al-Ash.

"Tuan sedang memikirkan jika menyokong Ali hanya mendapat keuntungan di akhirat tanpa keuntungan di dunia. Tetapi sekiranya menyokong Muawiyah tuan mendapat keuntungan di dunia tanpa keuntungan di akhirat," kata Wardan.

"Apa yang patut saya lakukan?" tanya Amru al-Ash pula. Dia seperti mati akal.

"Sebaik - baiknya tuan duduk saja di rumah. Jika Ali yang menang tuan boleh bernaung di bawah pemerintahannya. Jika Muawiyah menang tuan juga akan diperlukannya," jawab Wardan.

Selepas agak lama termenung, akhirnya Amru al-Ash berkata, "Dalam suratnya Muawiyah berjanji jika saya menyokongnya saya akan dilantik semula menjadi gabenor di Mesir. Kerana itu saya akan menyokong Muawiyah."

Muawiyah berasa gembira apabila Amru al-Ash memihak kepadanya. Ini desebabkan Amru al-Ash banyak pengalaman. Dia pernah menjadi panglima perang semasa Abu Bakar dan Umar al-Khattab menjadi khalifah. Dia juga pernah berperang dengan tentera Rom dan Parsi. Muawiyah juga memerintahkan semua pasukan tenteranya berada di luar pulang ke Syam bagi membantunya memerangi Ali. Selepas membuat persiapan maka Muawiyah memimpin pasukan tenteranya menyusuri Sungai Furat lalu sampai ke lembah Shiffin. Di sana pasukannya bertemu dengan pasukan Ali.

Pasukan tentera Ali berjumlah 100,000 orang dan dikenali dengan nama pasukan Iraq. Pasukan tentera Muawiyah pula berjumlah 75,000 orag dikenali pasukan Syam. Kedua - dua pasukan yang bermusuhan itu bertemu di lembah Shiffin berhampiran dengan Sungai Furat.

Berita bakal tercetusnya peperangan antara Khalifah Ali dengan Muawiyah tersebar luas di wilayah Islam. Umat Islam kebingungan, mereka serba salah hendak memihak ke sebelah mana.

"Wahai saudaraku Abu Hurairah, terjadi pertumpahan darah sesama kaum Muslimin di Basrah yang mengorbankan 13,000 nyawa. Sekarang pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalifah Ali sedang menuju ke Syam. Pasukan tentera yang dipimpin oleh Muawiyah pula sedang membuat persiapan untuk berperang. Sekiranya ini berlaku pasti berpuluh ribu nyawa akan melayang. Kerana itu marilah kita berusaha mendamaikan mereka," kata Abu Darda yang berada di Himsh.

"Saya setuku dengan kata-katamu wahai saudaraku Abu Darda. Marilah kita berangkat segera ke Syam," kata Abu Hurairah. Kedua-duanya segera meninggalkan Himsh menuju ke Syam. Kemudian terus menemui Muawiyah di Shiffin.

"Wahai Muawiyah, kenapa kamu menentang Khalifah Ali bin Abi Talib padahal kamu pun tahu dia yang lebih berhak menjadi khalifah daripada kamu. Dia lebih dulu memeluk Islam. Dia juga lebih disayangi Rasulullah S.A.W. Semasa ayahnya hidup, dia melindungi Rasulullah S.A.W. sedangkan ayah kamu memerangi Rasulullah. Kerana itu kami lebih menyukai Ali daripada kamu. Tetapi kami tidak mahu terjadinya pertumpahan darah. Kami lebih sukakan perdamaian daripada peperangan," kata Abu Hurairah.

"Saya tidak menganggap diri saya lebih layak menjadi khalifah daripada Ali. Saya menentang Ali kerana dia melindungi mereka yang membunuh Khalifah Uthman. Saya mahu pembunuh khalifah itu diserahkan kepada saya," kata Muawiyah pula.

"Sekiranya Ali mahu menyerahkan mereka kepada kamu, apa yang akan kamu lakukan?" tanya Abu Darda pula.

"Saya akan berdamai dengan Ali," jawab Muawiyah.

Kemudian katanya lagi, "Cubalah kamu berdua memujuk Ali supaya menyerahkan Pembunuh Khalifah Uthman itu kepada saya. Selepas itu keadaan akan pulih seperti biasa. Dan kami tidak akan berperang."

Abu Hurairah dan Abu Darda pergi menemui Khalifah Ali bin Abi Talib. Kedatangan mereka disambut oleh al-Asytar, Ammar bin Yassir dan Muhammad bin Abu Bakar. Selepas mendengar maksud kedatangan mereka maka al-Asytar pun berkata, "Wahai Abu Hurairah dan Abu Darda, saya harap kamu datang ke Syam bukan hendak menyebelahi Muawiyah. Dia minta diserahkan pembunuh Khalifah Uthman. Siapakah yang kenal pembunuh itu? Adakah yang dimaksudkannya Khalifah Ali? Kami yang berada di Madinah semasa Khalifah Uthman dibunuh. Kami yang lebih tahu cerita sebenarnya daripada orang lain. Kerana itu kami yang lebih berhak menjatuhkan hukuman bukan orang lain yang tidak menyaksikan kejadian itu."

Abu Hurairah dan Abu Darda masih belum berpuas hati dengan penjelasan itu. Pada keesokan harinya mereka berjumpa dengan Khalifah Ali bin Abi Talib.

"Wahai Amirul Mukminin, kedatangan kami ke sini hendak mendamaikan tuan dengan Muawiyah supaya tidak terjadi pertumpahan darah. Kerana itu tunaikanlah permintaan Muawiyah dan serahkan pembunuh Khalifah Uthman. Selepas pembunuh itudiserahkan tetapi Muawiyah masih menentang kamu maka kami akan membantu tuan menentang mereka," kata Abu Darda.

"Apakah kamu kenal siapa yang membunuh Uthman?" tanya Khalifah Ali pula.

"Kami sudah tahu siapa mereka," jawab Abu Darda.

"Sekiranya begitu tangkap pembunuh itu dan serahkanlah kepada Muawiyah," kata Khalifah Ali sambil tersenyum.

Abu Darda dan Abu Hurairah keluar dari khemah Khalifah Ali lalu menuju ke arah Ammar, al-Asytar dan Muhammad bin Abu Bakar yang sedang menunggu di luar. Dengan suara yang lantang Abu Darda pun berkata, "Kamu bertiga terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman. Saya mendapat perintah daripada Khalifah Ali supaya membawa kamu dari sini bagi diserahkan kepada Muawiyah!"

 Bersambung....

 (ni saya dah sambung dah tp banyak lagi yg kene tulis)

Additional information